Kepada semua pengikut blog literasi sila bertukar kepada blog LINUS Negeri Sembilan di alamat linusnegeri9.blogspot.com untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan program LINUS.
Harap maklum. Sekian, terima kasih.
Kata Aluan
Selamat Datang ke Blog Literasi Negeri Sembilan semoga kita boleh berkongsi segala ilmu demi kebaikan anak didik kita bersama
Khamis, 24 Februari 2011
Jumaat, 22 Oktober 2010
PELAPORAN KEPUTUSAN SARINGAN 3
Tahniah kepada semua guru kerana telah berjaya melaksanakan Saringan 3. Semua maklumat ini perlu dimasukkan ke laman web NKRA dan juga Sektor Pengurusan Akademik. Segala maklumat yang ingin dimuat naik perlu dipastikan benar-benar tepat. Jika terdapat sebarang masalah sila berhubung dengan FasiLINUS daerah anda. Mungkin juga ada daerah yang akan membuat pemasukkan data secara berkelompok di PPD atau PKG berdekatan. Ini bertujuan untuk mengelakkan berlakunya sebarang kesilapan dalam pengisian data. Sekian, terima kasih. Tarikh akhir pegisian data ialah pada 5 November 2010. Sekian , terima kasih.
Khamis, 14 Oktober 2010
Selamat Menduduki PTK
Selamat menduduki PTK kepada semua guru yang mengambil ujian tersebut pada 16 Oktober 2010 ini. Pastinya semua guru telah membuat persediaan dan akan dapat menjawab semua soalan yang dikemukakan dengan tenang. Semoga mendapat A dalam semua bidang yang diambil. GOOD LUCK!!
DOKUMENTASI
Berikut ialah dokumentasi yang perlu ada:
SEKOLAH:
1. Fail Induk
- AJK Program LINUS
- Minit curai
- Laporan Kursus Dalaman
- Minit mesyuarat
- Takwim
- Surat pekeliling LINUS- punca kuasa
2. Fail Keputusan Ujian
- Borang Pelaporan Prestasi Individu Murid LINUS
- Analisis keputusan ujian, peperiksaan dan saringan
3. Fail Maklumat Peribadi Murid LINUS
- Borang Maklumat Peribadi Murid LINUS
(dicetak dari Sistem Maklumat Murid)
4. Fail Bahan-bahan LINUS
SEKOLAH:
1. Fail Induk
- AJK Program LINUS
- Minit curai
- Laporan Kursus Dalaman
- Minit mesyuarat
- Takwim
- Surat pekeliling LINUS- punca kuasa
2. Fail Keputusan Ujian
- Borang Pelaporan Prestasi Individu Murid LINUS
- Analisis keputusan ujian, peperiksaan dan saringan
3. Fail Maklumat Peribadi Murid LINUS
- Borang Maklumat Peribadi Murid LINUS
(dicetak dari Sistem Maklumat Murid)
4. Fail Bahan-bahan LINUS
Rabu, 13 Oktober 2010
Saringan 3 LINUS - Penulisan
Tahniah diucapkan kepada semua sekolah yang telah mencapai 100% dalam penguasaan literasi dan numerasi, diharapkan ini akan membakar semangat kepada sekolah-sekolah lain yang akan menjalankan saringan ke-3. Kepada semua guru Selamat Menjalankan Saringan 3 LINUS - Penulisan. Tarikh untuk menjalankan saringan 3 ialah pada 17 - 22 Oktober 2010. Semua guru mesti menjalankan saringan pada tarikh yang telah ditetapkan dan mematuhi manual pentadbiran saringan. Segala maklumat tentang saringan perlulah dimasukkan ke dalam dokumen yang telah disenaraikan dalam manual pentadbiran saringan. Oleh yang demikian, semua pentaksir saringan dikehendaki membaca dengan teliti manual sebelum menjalankan saringan.
Rabu, 22 September 2010
Pengedaran Bahan Saringan 3 LINUS
Sukacita dimaklumkan bahawa bahan untuk Saringan 3 LINUS bagi Daerah Tampin ialah pada 29 September 2010. Oleh yang demikian, semua guru LINUS bagi Daerah Tampin sila hadir ke PPD Tampin pada tarikh berkenaan pada pukul 2.00 ptg. Satu taklimat akan diadakan dan bahan-bahan akan dibekalkan pada tarikh tersebut.
Khamis, 9 September 2010
Selamat Bertugas
Tahniah kepada semua FasiLINUS yang telah dilantik, kepada yang belum diharap bersabar. Kepada yang telah dilantik diucapkan 'Selamat Menjalankan Tugas'. Diharapkan agar semua FasiLINUS Literasi dapat menghantar alamat e-mel anda kepada saya agar anda dapat menyumbang sesuatu pengalaman, catatan, dapatan, ulasan, atau cadangan untuk blog literasi ini agar dapat dikongsi oleh semua guru LINUS.
e-mel : aminuddinjaffar@gmail.com
e-mel : aminuddinjaffar@gmail.com
Langgan:
Catatan (Atom)