Kata Aluan

Selamat Datang ke Blog Literasi Negeri Sembilan semoga kita boleh berkongsi segala ilmu demi kebaikan anak didik kita bersama

Rabu, 13 Oktober 2010

Saringan 3 LINUS - Penulisan

Tahniah diucapkan kepada semua sekolah yang telah mencapai 100% dalam penguasaan literasi dan numerasi, diharapkan ini akan membakar semangat kepada sekolah-sekolah lain yang akan menjalankan saringan ke-3. Kepada semua guru Selamat Menjalankan Saringan 3 LINUS - Penulisan. Tarikh untuk menjalankan saringan 3 ialah pada 17 - 22 Oktober 2010. Semua guru mesti menjalankan saringan pada tarikh yang telah ditetapkan dan mematuhi manual pentadbiran saringan. Segala maklumat tentang saringan perlulah dimasukkan ke dalam dokumen yang telah disenaraikan dalam manual pentadbiran saringan. Oleh yang demikian, semua pentaksir saringan dikehendaki membaca dengan teliti manual sebelum menjalankan saringan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan