Kata Aluan

Selamat Datang ke Blog Literasi Negeri Sembilan semoga kita boleh berkongsi segala ilmu demi kebaikan anak didik kita bersama

Sabtu, 30 Januari 2010

Majlis Penutupan Kursus Literasi Hotel Impian, Morib



Setelah menjalani kursus selama 3 hari 2 malam maka tiba masa yang ditunggu-tunggu oleh setiap peserta iaitu Majlis Penutupan Rasmi Kursus Literasi Kohort 3. Majlis penutup telah disempurnakan oleh Ketua Sektor Pengurusan Akademik JPNS, Encik Mohd. Isah b. Ismail. Turut sama dalam majlis tersebut ialah Datuk Hj. Abd. Rahim b. Hj. Yassin , Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Rembau dan Encik Nasri b. Ramli Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Jempol/Jelebu. Tahniah diucapkan kepada semua peserta kerana telah mengambil bahagian secara aktif dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Semoga dengan semua ilmu yang telah dikongsikan akan dapat membantu semua guru semasa menjalankan tugas semasa di sekolah. Apa yang penting ialah ilmu yang diperolehi itu perlu dikongsikan pula kepada semua warga sekolah. Selamat pulang untuk menjalankan tugas kepada semua....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan