Kata Aluan

Selamat Datang ke Blog Literasi Negeri Sembilan semoga kita boleh berkongsi segala ilmu demi kebaikan anak didik kita bersama

Selasa, 19 Januari 2010

Segalanya pun bermula..........

Alhamdulillah........ akhirnya tiba jua tarikh yang ditunggu-tunggu, iaitu masa untuk menyampaikan maklumat LINUS kepada warga pendidik. Ianya merupakan suatu amanah yang amat besar kepada kami, para JU. Walau bagaimanapun semuanya telah dapat disampaikan dengan sebaik mungkin. Antara pegawai-pegawai yang ada bersama dengan kami ialah Encik Shaharudin b. Md. Bahar (JPNS), Encik Awaludin b. Hj. Hasan (PPD Port Dickson) dan Encik Rosni b. Hj. Pilus (PPD Seremban).
Pada tarikh 18-20 Januari 2010 lalu, penyampaian LINUS kepada Kohort Pertama di Hotel Seri Malaysia, Bagan Lalang, Sepang. Semuanya berjalan lancar sebagaimana yang telah dirancangkan walau tempat untuk berkursus agak sempit atau kurang selesa iaitu di Pusat Latihan, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia. Aktiviti-aktiviti dapat dijalankan dengan baik, bukan hanya di dalam dewan malahan di luar dewan, iaitu persekitaran pusat latihan. Tahniah kepada semua JU yang terlibat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan