Untuk pengetahuan semua guru-guru LINUS, saringan lisan akan dijalankan tidak lama lagi. Semua instrumen saringan lisan akan dibekalkan kepada semua guru LINUS oleh Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing. Guru-guru LINUS diharapkan dapat menghadirkan diri ke sessi taklimat dan penyerahan instrumen saringan lisan agar dapat menjalankan saringan tersebut dengan lebih baik dan mengikut kehendak pihak LPM dan NKRA. Diingatkan juga bahawa selepas saringan lisan ianya akan disusuli pula dengan saringan bertulis pula. Semoga semua guru dapat menjalankan saringan lisan tersebut dengan sempurna serta menghantar laporan kepada PPD masing-masing dalam masa yang ditetapkan.
Selamat menjalankan saringan kedua kepada semua......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan